Friday, 16 December 2011

Prinsip Asas Takaful


Sumbangan

Semua pengendali takaful yang memberikan perlindungan kepada sesuatu harta yang sama akan berkongsi membayar pampasan untuk kerosakan terhadap harta tersebut. Dengan cara ini, seseorang itu tidak boleh "memperolehi keuntungan" dengan membeli lebih daripada satu pelan takaful untuk harta yang sama.

Indemniti

Meletakkan si penuntut kepada kedudukan kewangan yang sama sejurus sebelum kerugian berlaku melalui bayaran, pembaikan atau penggantian.

Kepentingan boleh lindung

Merupakan salah satu asas prinsip takaful yang memerlukan peserta berkepentingan terhadap barang atau hayat yang di bawah perlindungan takaful, di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat akan mengakibatkan kerugian kewangan kepada peserta tersebut.

Penuh percaya mutlak

Salah satu prinsip asas takaful yang memerlukan peserta mendedahkan semua fakta penting kepada pengendali takaful berkenaan kontrak takaful. Ini bertujuan untuk membolehkan pengendali takaful membuat keputusan sama ada untuk memberikan perlindungan takaful tersebut dan menentukan amaun sumbangan takaful.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...