Sunday 19 June 2011

Hubungi Saya...


Jazy


012-6696054


jazimah@prupartner.com.my


Sertai kami di FACEBOOK


segala pendapat dan pandangan anda amatlah lami alu-alukan.

PELINDUNGAN UNTUK PUTERI

Takaful Puteri & Takaful Puteri PLUS

takaful puteri, takaful health, sakit perempuan, rider

HAYATI LAH HIDUP ANDA HARI INI DENGAN KEBEBASAN SEPENUHNYA!!!!!

Penghargaan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala apa yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan satu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-

Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

Plan 1 = RM 50,000

Plan 2 = RM100,000

Plan 3 = RM150,000

Pelan Takaful Puteri menawarkan :

  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
manfaat takaful puteri, plan, sakit kritikal

Sila hubungi saya JAZIMAH 0126696054 untuk info selanjutnya,insyallah saya boleh membantu anda.

TABUNGAN UNTUK ANAK YANG BAKAL DILAHIRKAN

1. Pelan Pertama Di Malaysia yang melindungi Ibu dan Anak anda sebelum mereka lahir lagi !

PruMy Child adalah insuran / pelan pendidikan pertama di Malaysia yang melindungi anak dan ibu semasa mengandung.

Anda boleh membeli pelan ini untuk anak anda yang belum lahir seawal
usia kandungan 18 minggu sehingga 35 minggu dan sekiranya anda
berumur di antara 18 - 45 tahun hari lahir berikut.


PruMy Child menolong anak anda di semua peringkat hidup

> PERLINDUNGAN LENGKAP untuk setiap peringkat hidup anak
anda… SEBELUM LAHIR LAGI

> PENINGKATAN pada pelan anak anda dengan pelbagai
perlindungan BARU & DIPERLUAS*

> PERLINDUNGAN TAMBAHAN untuk IBU BAPA*

> Menyemai benih ke arah DANA PENDIDIKAN YANG TERJAMIN
untuk anak anda

Juga Pelan Pertama Di Malaysia yang melindungi Komplikasi Kehamilan

Boleh hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut:

2. Kenapa patut beli PRUmy Child ?

Komplikasi Kehamilan semakin meningkat, dijangkakan 1 dari 2 wanita akan mengalami masalah bersalin (Sumber: Kementerian Kesihatan, Malaysia.)

Didapati juga, 18.5% anak yang dilahirkan mengalami inciden Penyakit congenital .

Prudential kini menawarkan PRUmy child, pelan pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi, berbanding dengan kebanyakan pelan konvensional yang tidak menyediakan sebarang perlindungan untuk anak semasa peringkat awal bayi.

PruMy Child juga memberikan perlindungan kepada ibu / ayah anak. Sekiranya kalau apa terjadi kepada ibubapa kita akan menjamin perbelanjaan pendidikan anak anda.


3. Apa Manfaat Dalam PRUmy child ?

PRUmy child memberikan anda kawalan dan kefleksibelan untuk anak anda

Antara manfaat yang boleh disertakan dalam PruMy Child adalah :-

• Kad Perubatan Medikal – membayar bil-bil hospital (swasta dan kerajaan)
• Elaun Hospital – membayar kamu elaun hospital untuk setiap hari anak dalam hospital
• Perlindungan Kemalangan – membayar kos pesakit luar jika kemalangan berlaku. Membayar pampasan jika berlaku kemalangan yang menyebababkan kematian atau kecacatan
• Perlindungan Penyakit Kritikal – membayar duit jika anak disahkan menghidap penyakit kritikal
• Khairat Kematian
• Perlindungan Pembayar- Membayar pelan anda sekiranya pembayar polisi mengalami kematian , TPD sebelum umur 70 tahun atau penyakit kritikal.
• Pelaburan Akaun Pendidikan – simpanan untuk pendidikan anak boleh dikeluarkan bila-bila masa

Emel kita kat info@prumychild.com untuk dapat quotation percuma.

4. Siapa yang boleh membeli pelan ini ?

Anda boleh membeli pelan ini untuk anak anda yang belum lahir seawal usia kandungan 18 minggu sehingga 35 minggu dan sekiranya anda berumur di antara 18 - 45 tahun hari lahir berikut.





Boleh hubungi saya JAZIMAH 0126696054 untuk dapatkan maklumat terperinci bagi penyediaa simpanan yang terbaik untuk kelahiran anak yang bakal dilahirkan.

BATU KARANG

Zaman berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.


Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.


Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Buah Pinggang

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.


Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.


Sakit Pada Tepi Perut

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepiperut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.


Faktor Risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya :

* Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

* Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

* Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

* Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

* Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

* Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

* Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

* Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.


Pencegahan

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani 3 ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

# Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan 2 bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

# Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

# Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

# Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.


Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit.

* Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

* Air kencing berdarah.

* Air kencing keruh dan berbau busuk.

* Mual dan muntah.

* Sentiasa terasa hendak kencing.

* Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Friday 17 June 2011

Thursday 16 June 2011

Peranan Insuran Takaful



Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Bahawa engkau meninggalkan waris yang bebas daripada kemiskinan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka miskin meminta-minta sedekah daripada manusia”

Riwayat Ahmad

Cuba anda renungkan ayat di atas. adakah ia memberi sebarang kesan pada diri anda?.. Apakah yang anda tinggalkan untuk waris, anak dan isteri anda jika anda tiada lagi didunia ini. Andakah anda akan meniggalkan mereka dengan hutang2 anda?.

Disinilah perlunya Takaful. Dengan sumbangan bermula serendah RM 100, anda mampu menyediakan dana untuk anda dan waris anda jika terjadi musibah pada anda.

Ramai yg tak ambil Takaful ni kerana ada yg kata masuk Takaful ni rugi. Ada juga yg dah ambil Takaful tetapi tidak puas hati dgn polisi mereka dan merasakan rugi. Kenapa jadi begini?.. Jawapanya mudah sahaja!. Ini kerana jika anda merasakan mengambil Takaful itu rugi dan membazir adalah kerana Pelan atau polisi yg anda ambil atau dengar itu tidak menepati keperluan anda yg sebenar.. Apa yg anda mahu bila ingin mengambil Takaful?. Takaful bukan hanya setakat perlindungan dan perubatan. Tetapi anda juga boleh membina aset di Takaful.

Kami di Prudential Takaful mempunyai pelbagai pelan yang dapat memenuhi segala keperluan dan kewangan anda.

Contoh pelan:-

1) PERLINDUNGAN- Mengutamakan bahagian perlindungan terhadap musibah spt penyakit kritikal, kemalangan, kos perubatan dan hilang upaya.

2) KEMATIAN (Warisan harta untuk waris anda)- Pampasan kematian yg tinggi jika anda meninggal dunia. Anda dapat mewariskan harta tunai yg tinggi pd waris anda. Dgn hanya RM200 sebulan anda dpt memberikan waris anda RM 500,000++. Dan dgn RM400 sebulan anda dpt memberikan waris anda RM 1,000,000++.

3) SIMPANAN/PELABURAN (Membina aset)- Mengutamakan pelaburan dan nilai tunai jangka panjang yang tinggi. Tujuan utama adalah untuk membina Aset tunai disamping mempunyai perlindungan terhadap musibah. Dgn kata lain, apa sahaja jadi pada anda, anda tetap dpat membina aset tunai anda itu. Contoh Anda inginkan aset tunai RM 100,000. Anda hanya simpan RM 5000 setahun selama 16 tahun. Kos anda hanyalah RM 80,000.

Selain pelan-pelan di atas, kami juga menyediakan pelan-pelan lain yang sesuai dengan anda dan keluarga anda. Anda beritahu kami apa keperluan anda dan kami sediakan pelan utk anda.Khidmat rundingan dan nasihat kami adalah PERCUMA. Temujanji di luar KL/Selangor boleh diuruskan..

Quotation percuma. Utk quotation sila nyatakan maklumat seperti di bawah.

Umur:
Jantina:
Pekerjaan:
merokok : Ya / Tidak
Budget: budget anda untuk sebulan

Barah payudara


INFO

Barah payudara
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).

Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosis sebagai kanser payudara.

Tanda-tanda barah payu dara

* Ketulan yang tidak sakit di payudara atau ketiak
* Ruam yang berterusan di sekeliling puting
* Perdarahan atau lelehan luar biasa dari puting
* Perubahan pada kulit seperti bengkak dan menebal, berlubang, permukaan kulit berkedut dan puting tertarik ke dalam

Tahap Barah

Tahap satu - umumnya bermaksud ketulan barah saiznya kecil dan hanya tertumpu dalam organ yang terjejas dan belum merebak ke organ lain.

Tahap dua - barah sudah mula merebak ke tisu berdekatan tetapi saiz tumor sudah mula membesar. Ada kala barah tahap dua juga bermaksud ia sudah merebak ke nodul limfa yang berdekatan dengan ketumbuhan itu.

Tahap tiga - ketumbuhan mula membesar. Ia mula merebak ke kawasan tisu berdekatan dan sel barah sudah berada dalam limfa nodul.

Tahap empat - barah sudah merebak ke bahagian organ lain.
sumber - Organisasi Penyelidikan Barah, United Kingdom
.

Haji Pasti Terlaksana Dengan PruBSN Ummah

PruBSN Ummah




Suatu pelan yang di reka khusus bagi membantu kita di dalam menunaikan ibadah fardhu Haji dan Umrah. Pelan ini menggabungkan simpanan dan perlindungan yang memfokuskan kepada membantu kita untuk menunaikan kewajipan haji samada semasa masih hidup atau pun setelah meninggal dunia.

Apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan?

1. Manfaat perlindungan asas Takaful
  • Pelan ini menyediakan 3 perlindungan asas iaitu apabila berlaku :
  1. Kematian
  2. Cacat Kekal
  3. Penyakit Kritikal

Manfaat Takaful Ummah 2


2. Manfaat-manfaat Haji/Umrah
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
  • PruBSN akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang untuk tunaikan haji).
Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.



Kaabah

3. Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  • Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.

4. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
  • Wariskan harta anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
  • Menjamin waris anda bebas dari hutang piutang walaupun setelah ketiadaan anda.
5.Meningkatkan simpanan usia emas anda
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.

6. Manfaat-manfaat penyakit kritikal

  • Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.Sila rujuk senarai penyakit-penyakit kritikal.
7. Bonus Loyalti.
  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia PruBSN.Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
  • Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.
Manfaat Takaful Ummah
  • Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?

    Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
    • Umur anda
    • Jumlah dan terma perlindungan anda
    • Status kesihatan anda
    • Jantina anda
    • Tahap risiko pekerjaan anda
    • Kaedah pembayaran anda
    • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun

    Contoh caruman
Contoh Illustrasi


berminat nak tahu lebih lanjut?
sila hubungi

Jazimah
012-6696054



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...